Kami menganjurkan Kempen Wakaf Penapis Air bagi sesiapa yang ingin melaksanakan hajat demi kebaikan bersama di dunia dan akhirat kelak. Dengan ini, wakaf yang diberikan dapat diraikan bersama dengan Si Pemberi Wakaf mendapat pahala berterusan selagi Si Penerima Wakaf menggunakan air dari penapis air ini, walaupun Si Pemberi telah meninggal dunia.


Sasaran lokasi wakaf yang kami pilih adalah lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti Madrasah, Sekolah, Rumah Amal, Pusat Tahfiz, Surau dan Masjid, serta dengan ini manfaat air minuman PERCUMA dari PENAPIS AIR yang diwakafkan dapat dirasai bersama. Semoga pahala dan keberkatan diraih bersama.

JOM, masukkan nama Anda dalam senarai Wakaf!

Sabda Nabi SAW:

“Hartamu adalah yang telah diinfakkan, adapun yang kamu simpan adalah harta ahli warismu.”
(HR Bukhari).

 

WAKAF UNTUK IBU BAPA TERCINTA

“Ibarat Hadiah Sepanjang Zaman, Pahala Berpanjangan…”

 

WAKAF PENAPIS AIR

“Wakaf sekali seumur hidup, manfaat minuman dikongsi bersama, pahala tetap subur sampai bila-bila..”

Baru-baru ini, kami telahpun melaksanakan KEMPEN WAKAF PRODUK MUSLIM di sebuah Madrasah, iaitu Madrasah Hadiqatun Nisa yang terletak di Bangi, Selangor. Kenapa kami pilih Madrasah? Ini kerana air yang dibekalkan akan terus diminum oleh penghuni Madrasah yang sememangnya menetap di situ, tanpa ragu. Semoga dengan sumbangan yang diberikan, Allah akan melipatgandakan ganjaran kepada Si Pemberi & Si Penerima. Aamiin.. 

Jom Wakaf! Dengan Penapis Air Dr Amsyar.
Pahala terus mengalir, ibarat air yang terus diminum. In shaa Allah...

*TERHAD KEPADA 10 LOT BAGI SATU PRODUK WAKAF SAHAJA.

BERMINAT? SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE

AKAUN: AJG RESOURCES SDN BHD

NO. AKAUN: 8602841556 (CIMB BANK)

Sila hantarkan resit/slip sumbangan melalui WhatsApp dengan klik butang berikut: